Sunday 28 December 2014

Asam Pedas Keladi Kemahang (rare)


Bahan-bahan:
1 ikat Sulur keladi Kemahang.
10 biji cabai kering kisar.
1 inci belacan(dikisar)
5 tangkai daun kesom bukan KETOM.
5 ulas bawang merah(dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
2 keping asam keping
serbuk perasa
garam/gula.
3-4 cawan air



Cara sediakan.
1. Siang keladi kemahang dengan buang kulit dengan betul. potong 5cm.
2. Rebus batang keladi kemahang dengan air asam keping. PERHATIAN: pastikan batang keladi kemahang betul2 empuk. takut gatal.
3.tuskan.





Cara Masak:
1. Sedia periuk baru dengan air mendidih
2. Masuk keladi kemahang didalam periuk baru. Campur dengan bahan yang dikisar.
3. Biarkan seketika. Masukkan garam, gula, asam keping dan daun kesom.
4. Biar megelegak dan betul2 empuk.
5. Hidang.

AWAS: pastikan caranya betul dan batang keladi kemahang empuk. Rasaa terlebih dahulu sebelum hidang.
Hati-hati. sekiranya gatal tekak makan asam.

Info: keladi kemahang tumbuh di tepi sungai yang mengalir. ianya agak lazat. selamat mencuba.