Sunday 28 December 2014

Asam Pedas Keladi Kemahang (rare)


Bahan-bahan:
1 ikat Sulur keladi Kemahang.
10 biji cabai kering kisar.
1 inci belacan(dikisar)
5 tangkai daun kesom bukan KETOM.
5 ulas bawang merah(dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
2 keping asam keping
serbuk perasa
garam/gula.
3-4 cawan air



Cara sediakan.
1. Siang keladi kemahang dengan buang kulit dengan betul. potong 5cm.
2. Rebus batang keladi kemahang dengan air asam keping. PERHATIAN: pastikan batang keladi kemahang betul2 empuk. takut gatal.
3.tuskan.





Cara Masak:
1. Sedia periuk baru dengan air mendidih
2. Masuk keladi kemahang didalam periuk baru. Campur dengan bahan yang dikisar.
3. Biarkan seketika. Masukkan garam, gula, asam keping dan daun kesom.
4. Biar megelegak dan betul2 empuk.
5. Hidang.

AWAS: pastikan caranya betul dan batang keladi kemahang empuk. Rasaa terlebih dahulu sebelum hidang.
Hati-hati. sekiranya gatal tekak makan asam.

Info: keladi kemahang tumbuh di tepi sungai yang mengalir. ianya agak lazat. selamat mencuba.


Kari Ikan

Bahan A:

Ikan ikut citarasa. (kembong,mackerel, etc)
3 ulas bawang merah(dihiris)
2 ulas bawang putih(dihiris)
1 sudu makan halba campur
3 tangkai daun kari
2 keping asam keping.
1 paket serbuk kari(kecil)
2 cawan santan.
3 cawan air.
5 batang bendi.

Cara Memasak:

1.Panaskan minyak. masukkan bahan bawang putih, merah, halba, daun kari . tumis sehingga kuning.
2.Setelah itu, masukkan rempah kari dan kacau sehingga wangi.
3.Selepas baunya naik(wangi). Masukkan air dan santan. Biarkan megelegak.
4. Masukkan ikan dan bendi. setelah pecah minyak(minyak terapung).masukkan garam dan asam keping.
5. Kacau selama beberapa minit angkat dan hidang.

Nasi Lemak Sambal


Bahan-bahan:

Bahan A:(nasi)

3 pot beraas.
1 cawan santan
1/2 Halia
1 batang kulit kayu manis
1 sudu Buah pelaga
2 biji Bunga lawang
2 biji bunga cengkih
1 sudu teh lada hitam.
1 helai daun pandan.
Air(secukupnya untuk sukatan masak nasi)
Garam secukupnya.

Bahan B:(sambal)
3 sudu makan minyak masak.
15 biji cabai kering (dikisar)
1 labu bawang besar(dikisar)
1/2 inci belacan(dikisar)
1 ulas bawang putih(dikisar)
1 keping asam keping.
50 gram ikan bilis.
garam&gula secukup rasa.
serbuk perasa.

Bahan C:(hiasan)
Telur Rebus.
Kacang Goreng
Papadom
Timun.


Cara Masak:
1. Masukkan bahan A(semua) kedalam periuk nasi dan tanak sehingga masak.
2. panaskan kuali, masukkan minyak masak. setelah minyak panaas goreng ikan iblis sehingga garing dan tuskan.
3.Setelah dikeluarkn masuk baahan yng dikisar.Masak sehingga pecah minyak..
4.Setelah pecah minyak.Masukkan kesemua bahan B.
5.Setelah pecah minyak sekali lagi.dn megelegak angkat dan hidangkan dengan nasi.
6.Hias ikut kreativiti.

Saturday 20 December 2014

Ayam Percik Kering

Ayam Percik
Bahan-Bahan:

Bahan A.
1 ekor ayam(potong 4 bahagian)
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan halba
Garam secukup rasa

Bahan B.(dikisar)
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci hlia
5 batang serai

Cara Memasak:
1. Bersihkan ayam dan tus. Gaul dengan garam.
2. Masukkaan ayam di dalam kuali bersama baahan yg dikisar, santan pekat, halba. asam jawa dan gula sehingga sederhana masak(kuah tinggal sikit). Tetapi pastikan rempah sebati dengan ayam..
3. Bakarkan ayam diatas pemanggang sehingga nampak garing.
4. Hidangkan atas daun pisang dengan salad ataupun timun dan bawang.

Ayam Masam Manis

Ayam Masam Manis
Bahan-Bahan: 

Bahan A.
500 gram isi ayam
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
2 biji tomato(dadu)
3 biji cili merah(dipotong serong)
3 biji cili hijau(dipotong serong)
Minyak untuk menggoreng ayam
1 biji lada benggala(dadu)

Bahan B.(dikisar)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C.(hiasan)
kacang pis
lobak merah dadu.
jagung.

Cara masakan:
1. Panasan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak( elak terlalu garing agar tidak keras)
2. Angkatkan ayam dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan yang dikisar(B)
3. Tumis bahan-bahan yg dikisar(B) sehingga wangi
4. Masukkan cili merah,hijau, lada benggala, air, sos tomato,sos cili dan gula. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ayam dan tomato. Biarkan sebentar.
6. Hiaskan dgn kacang pis, jagung dan carrot
.
7. Angkat dan hidangkan.

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap
Bahan-Bahan:

Bahan A.
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji tomato(dipotong empat)
1 pokok daun bawang.(dicincang)
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak.

Bahan B.(dihiris)
1 labu bawang besar.
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia.

Cara Membuat:
1. Panaskan kuali dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan air, kicap pekat, dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih
4. Apabila mendidih , masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang.
5. Gaulkan dan angkat
6. Sedia dihidangkan.

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Bahan-Bahan:

Bahan A:
5 keping bahagian pilihan ayam (dada,peha,kepak)
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili
sedikit daun kari
garam secukup rasa
minyak masak

Bahan B (dikisar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai


Cara membuat:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 45minit.
3. Panaskan minyak yang banyak(agak2 boleh masuk seluruh bahagian ayam) dan gorengkan ayam
4. Apabila ayam sudah berwarna keemasan, angkat dan tus minyak.

Acar Buah

Acar Buah
Bahan-Bahan:
500 gram buahan campur (kismis hitam,kuning, prun, aprikot, mangga jeruk, kurma dan lobak masin dipotong dadu)
2 cawan minyak masak.
2 cawan gula
1 cawan cuka
10 biji bawang merah.
2 ulas bawang putih.
5 inci halia (dihiris)
1/2 bijan goreng tanpa minyak(hiasan)
500 gram bawang merah(dikisar halus)
10 ulas bawang putih(dikisar halus)
10 inci halia(dikisar halus)
30 tangkai cili kering(dikisar halus)
2 sudu makan jintan manis(dikisar halus)

Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar sehingga naik aroma
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan mereneh sehingga nampak minyak
3. Masukkan semua bahan campuran dan masakkan sekali lagi sehingga pekat
4. Hiaskan dengan bijan.

Ayam Goreng Serai (klasik)

Ayam goreng serai
Bahan-bahan mentah:
1 ekor ayam
1 liter minyak masak
3 ulas bawang putih(dikisar)
6 batang serai(dikisar)
5 biji cili padi(dikisar)
1 inci halia(dikisar)
1 inci kunyit hidup(dikisar)
3 batang daun kari.
Garam secukupnya

Cara Memasak:
1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Gaulkaan semua bahan dengan ayam dan perap selama 25 minit
3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sehingga garing.
4. Angkat dan tuang minyak.
5. Makan ler.

Udang dan Sos Lada Hitam

Udang masak sos lada hitam.
Bahan-Bahan Memasak:
500 gram udang besar
2 sudu makan lada hitam(dikisar tidak terlalu halus)
5 biji bawang merah(dadu)
3 ulas bawang putih(dadu)
1 labu bawang besar(dadu)
3 biji cili merah(dihiris)
1 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Daun bawang

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang  hingga naik aroma
2. Masukkan udang dan goreng sampai kemerahan/kekuningan.
3. Bancuh tepung jagung dengan air dan garam.
4. Masukkan kedalam kuali dan gaul sama rata.
5. Masukkaan cili merah dan sediaa untuk dijamah.

Gulai Daging Rebung

Gulai Daging rebung
Bahan-Bahan Masakan:

Bahan A
600 gram daging (dihiris nipis)
250 gram rebung (dipotong empat)
3 sudu makan rempah kari.
3 sudu makan air masak (campur dgn serbuk kari)
2 cawan santan.
2 sudu makan minyak masak

Bahan B(tumis)
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 biji bawang merah (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih ( dadu)
3 tangkai daun kari


Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan tumis bahan B
2. Masukkan rempah dan kacau.
3. Masukkan rebung dan daging. Biar sehingga nampak minyak.
4. Masukkan santan dan masak sehingga pekat.
5. Sedia dihidangkan.

Daging Goreng Kicap dengan Ubi kentang

Daging Goreng Kicap
Bahan-Bahan Masakan:
300 gram daging
1 biji ubi kentang.(Dihiris)
5 biji bawang merah(Dihiris)
3 ulas bawang putih(Dihiris)
1 cawan air
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan minyak masak
1 biji lad benggala(Dihiris)
apa-apa sayur pilihan.

Cara Memasak:
1. Daging dihiris nipis.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih sehingga layu.
3. Masukkan daging,ubi kentang dan air. Biarkan daging lembut dan ubi empuk..
4. Letak kicap, lada benggala dan sayur anda.
5. Hidangkan sementara masih panas.

Daging Singgang

Daging Singgang
Bahan-bahan:
500 gram daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih
4 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
10 biji cili padi (ikut citarasa)
Garam dan air secukupnya.


Cara Masakan:
1. Hiriskan daging senipis yang diingini.
2. Ketumbar dan jintan manis ditumbuk kasar.
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam & cili padi.
4. Masak sehingga daging lembut.
5. Masukkan cili secukup rasa.
6. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal bela
can.